Assalamualaikum

My photo
dataran merdeka, Malaysia
Whatever you give to life, its gives you back. Do not Hate anybody. The Hatred which comes out from you will comeback someday to you. Love others. And Love will comeback to you..

Tuesday, January 4, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

beberapa hari selepas 2011..
baru hari ini rase nak buat post..
dah busuk pun bau blog..
dah bersawang jugak..
kene la cuci dan polish semule..

tahun baru..
azam baru..
target baru..
nafas baru..
kehidupan baru..
barang baru..
kereta baru..
harijadi baru..
umur baru..
baju baru..
segala benda baru..

aku pun byk nak barukan kehidupan terutamanye..
masa utk berazam lagi..
so tatau mende nk membebel..

jadi SELAMAT TAHUN BARU 2011 jela utk semua

Monday, December 27, 2010

For My Friends

‎"When Allah tests you, it is never to destroy you.
When He removes something in your possession,
it is only in order to empty your hands for an even greater gift!."

Iwan - Pengasih

Lama ku mencari
Ertinya kasihmu
Suara bergementar
Memuji namaMu

Dalam rasa syahdu
Lafaz dan tafakur
Kesyukuran aku kerinduan

Jauhku mencari
Ertinya rahmatMu
Titis air mata menatapi kurniaanMu

Dalam gema takbir
Lirik dan kalimah
Keinsafan ku abdikan cintakan
UntukMu

Limpahilah
Segala restuMu hidayatMu
Di bumi kian ketandusan keinsanan
Kembalikanlah kami ke jalan yang Kau berkati
Anak dunia kini tak pupus
Di sengsarai di sana sini

Padamu Pengasih
Ku bermohon

Monday, September 20, 2010

Perayaan

Aku rase raya pada kali ini agak bermakna...
kerana dapat bersama keluarga [as usual]..
dan bertemu rakan-rakan seperjuangan...
sepersekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah agama,
maktab sains, dan PASTI...
dan mmg agak pelik kerana bukan mbe sekelas pun bole gather same2..

selalu lepak dan bercerita..
membina perancangan masa hadapan; [tatau la dorg ni....bab bercakap, serah jela..]
boleh dikatakan setiap malam melepak di pulau kambing [waterfront-zie's corner]

tidak dilupakan juga teman2 yang sudah selamat bersalin...
waaaaaaaaahhhhh....
dapat baby yang cantik molek sempurna cukup sifat..
ada sorg lagi mbe aku dpt anok kembo lagi...
alhamdulillah derrr...berusaha lagi kepada mereka yg baru kawen tu..
amik tips sket bohh....

dan alhamdulillah sahabat aku selamat diijabqabulkan...
sedap doh wase tgk mbe2 yang dari kecik bersama..
since skola pasti until form 3 boh bersame..
then kawen dgn pilihan hati mereka...
dan ade lagi perancangan rakan2 laen nk kawen..

YA ALLAH..
bile turn aku.... hahahaha...

dan semoga semua sahabat sukses selalu ye...
love uols guys....
jumpa di laen kali...
ade jodoh, pjg umor, murah rezeki..
ketemu lagi....

Wednesday, July 14, 2010

once upon a time

salamunkaulam minrabbirrahim...

pertama-tamanya ku harapkan hari ni lebih better dari hari yang semalam...
walaupun semalam ku telah mengharapkan lebih baek dari hari kelmarin..
jadi hopefully hari-hari kita akan lebih better setiap hari dan berkembang...
bukan berada pada tahap yang sama... insyaAllah...

Alhamdulillah...
lately kawan semakin bertambah..
mengisi hari-hari sepi tanpamu...haha
especially frens from dunia cyber...
ape lagi jika bukan FACEBOOK yang amat popular itu..

Hyperlink to Facebook Aku

total mereka dalam 1231 frens...
ntahla.. half of them aku kenal a..
sebab related of my ex-school...
yang laen, haram tatau...

itu sahaja lah kot....
nak memikirkan ayat² chenta...
bukan mase ni... time kerja der woi..

adiosa

Friday, June 11, 2010

KEGAGALAN ADALAH UNTUK LEBIH BERJAYA

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....

Anda pernah GAGAL? Dan pernahkan dalam hidup anda, merancang melakukan sesuatu dan kemudiannya gagal? Atau pernahkah anda berusaha sedaya-upaya dalam melakukan sesuatu, kemudian usaha anda itu gagal dan anda berhenti di pertengahan jalan?

Kebanyakan orang apabila mendengar perkataan GAGAL, akan menjadi takut. Putus harapan, kehidupan menjadi hambar dan sebagainya. Seperti ramai di antara rakan saya sendiri, mahupun diri saya sendiri, rasa umpama tiada makna untuk meneruskan lagi kehidupan setelah menghadapi kegagalan. Semua orang takut untuk gagal. Bagi mereka, GAGAL itu merupakan satu titik hitam dalam kehidupan mereka.

Tetapi sebenarnya, gagal itu merupakan salah satu lumrah dalam kehidupan ini. Saya sendiri pun pernah mengalami kegagalan itu sendiri, dan banyak kali dalam kehidupan. Memang sakit dan pedih apabila menghadapi saat itu. Segala perkara yang dilakukan tidak keruan. Tambahan pula, apabila manusia sekeliling akan mengutuk, mencerca kita di atas kegagalan tersebut. Tetapi dalam konteks yang lain bagi saya, GAGAL itu membuatkan kita KUAT sebenarnya. Walaupun akan mengambil sedikit masa kehidupan kita untuk menerima kegagalan tersebut.

Apabila gagal, sebenarnya kita telah menambah satu ilmu baru yang boleh kita jadikan tangga untuk suatu peningkatan.

Contohnya si pencipta mentol, Thomas Edison yang telah mencipta selepas 2000 kali percubaannya tidak berjaya. Apabila ditanya, bagaimana dia boleh berusaha sebegitu rupa walaupun talah 2000 kegagalan. Dia berkata;
"Saya tidak gagal, saya hanya berjaya selepas 2000 kali percubaan."

Hmm.. itulah dia yang saya hendak kalian lihat. Kesungguhan yang ada pada pencipta mentol tersebut. kenapa takut gagal? Kita sepatutnya perlu berusaha bersungguh-sungguh tanparasa takut dan gentar. Jangan letakkan kegagalan di dalam kamus hidup anda. Gagal hanya akan singgah dalam kehidupan anda, apabila anda berputus asa. Dan ketahuilah bahawa ALLAH tidak suka orang yang berputus asa. Dalam Al-Quran, ALLAH ada beberapa kali berpesan supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat-Nya.

Apabila kita tidak berjaya melakukan sesuatu, hakikatnya itu bukan suatu penamat untuk kita. Malah, jika kita melihat dari sudut positif, kegagalan kita itu akan membuatkan kita berfikir panjang dan bermuhasabah. Nescaya kita akan mendapat satu ILMU baru apabila tidak berjaya. Kita akan tertanya-tanya diri kita kenapa, bagaimana, apa yang sebabkan kita tidak berjaya. Dan di situ kita akan mendapat jawapan kenapa kita tidak berjaya. Dari situ kita boleh menyusun kembali strategi untuk terus membaiki dan mempertingkatkan pretasi agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Jika ada pun, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali.

Guru saya pernah berkata," Seorang manusia itu keluar, sememangnya untuk dia berbuat silap. Kemudian apabila dia kembali ke rumah, dia akan belajar daripada kesilapannya dan merpertingkatkan dirinya."

Ingatlah, GAGAL itu hanya berlaku apabila anda berhenti. Seperti kehidupan. Jika anda berdosa kepada ALLAH, adakah itu penamat segalanya? Malah ALLAH menyuruh agar kita bertaubat berkali-kali kepada-Nya. ALLAH suka orang yang berkali-kali bertaubat.

"Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri."

Sebenarnya berjaya atau tidak, gagal atau tidak, itu semuanya terletak pada kita. Jika kita menganggap sesuatu perkara itu penting, maka kita tidak akan sewenang-wenangnya mengalahatas segala cabara dan dugaan yang kita hadapi sepanjang mencapai matlamat itu.

Lihat Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Ta'if. Baginda dihalau, dibaling batu sehingga seluruh badan luka. Adakah baginda berhenti? Tidak.. Malah baginda meneruskan lagi dakwah. GAGAL? Tidak, baginda berjaya.

Bagaimana?

Anda hendak gagal?

Masih takut dengan kegagalan?

Gagal itu terletak pada anda.

Antara anda mahu atau tidak sahaja.

Jika anda mahu, berhenti daripada apa yang anda usahakan.

Jika anda tidak mahu gagal, teruskanlah usaha anda.

Allah sentiasa bersama kita.

Adakah itu tidak cukup untuk anda terus berusaha dengan yakin?




Daripada penulis buku LANGIT ILAHI

Sunday, May 23, 2010

perbedaan di antara CINTA-SAYANG-SUKA-MINAT

terima kaseh kepada Atiqah Jaafar


CINTA
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. segala apa yang kita buat kalau buleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya dalam erti lain cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita mencintainya sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je :)

SAYANGkita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita dalam erti lain sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya :(

SUKAkita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu sangat kat dia kalau tak jumpa seminggu dalam erti lain suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah. dang!

MINATada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya dalam erti lain minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan. no komen.

tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu


KAMU?