Assalamualaikum

My photo
dataran merdeka, Malaysia
Whatever you give to life, its gives you back. Do not Hate anybody. The Hatred which comes out from you will comeback someday to you. Love others. And Love will comeback to you..

Wednesday, December 9, 2009

Jika Aku Jatuh Hati



Bismillahhirrahmanirrahim

Ya Allah..
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu..

Ya Muhaimin..
jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling berpaling daripada hati Mu..

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu..

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu..

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu..

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada Mu..

Amin

Tuesday, December 8, 2009

permainan KAROM

salam....
perlawanan karom liga di antara staf...
telah berlangsung 2 minggu di klinik kesihatan rompin
gila lme nk abis la...

aku telah diundi dan telah berada di Group C..
setelah tiga perlawanan, aku telah mengalami 2 kekalahan..
setakat ini..dan memenangi 2 perlawanan..
masih ade 1 lagi perlawanan..

tp kekalahan yang terbaru tadi paling tipis..
ade ke patut buah last masing²..
aku byk mempermaikan lawan..
maby sbb itu la aku kekalahan..

tp aku pasrah...
adat perlawanan..
perlu berusaha lagi keras...
insyaAllah

Thursday, December 3, 2009

tanpa dendam di hati

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

thx to pinkiey winkiey

Wednesday, December 2, 2009

kursus induksi 12-26 Nov 2009

salam...
alhamdulillah.. finally abis induksi dgn selamat..
dengan jayanya tatau lagi bcoz exam haritu..
resultnye tatau bile lagi..
harapan semoga semua kami² lulus dgn cemerlang..
tp lulus tu dah kire lepas a..
kan kwn²... tp mmg best la..
byk prog dgn kelas..
hahaha...

aku sebagai AJK sukan ngn riadah..
ape ntah aku buat...
tp ade a juge...
byk ilmu pasal bende yg tatau kami bole tahu...
xcukup lagi ilmu di dada ni erk....

Friday, November 6, 2009

nota hati seorang lelaki - telaga biru

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi terpaksa..
Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
.... walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah... genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa... lelaki itu pergi jua!

Thursday, November 5, 2009

arrrgggggghhhh

salam...
today thursday..
program kt lab..
penghantaran sampel darah ke makmal rujukan..
kuantan HTAA, dengan muadzam shah HMS..

so today is quite tough la..
dengan lagi patient dtg melimpah ruah..
kalo buke kedai runcit, supermarket, kedai makan ke..
confirm laku dan kaye cepat..
kalo kt lab ni dorg bayo, mahu ade duit juge..

and...
chemistry analyzer buat hal pulak...
time engineer dye ade,aku buat ok belake..
time aku sendirian berhad buat..
hagham...
mane silapnye aku???
lantak la... xgune pun mesin ni ade kt cni..
buat semak otak ngn lab ngn kerja je..
its mean nothing and useless..

membebelku

Wednesday, November 4, 2009

game games games..

best pulak maen game kt dalam fesbuk ni kan..
latest aku maen cafe world..
fakhriah la ckp cambest..
aku pun try la... bolelayan juge...

game² laen sblm ni aku maen..
mafiawars.. ngn farmville...
game laen tgu² la...



Tuesday, November 3, 2009

starting of november

bismillahirrahmanirrahim

laahaulawalaa quwwataillaa billahil a'liyyil a'zim

harini..hari selase a..
baru nk g hantar claim..
semalam baru siapkan utk fotostat punchcard..
then mintak sign dgn bos...
da approve..tp da lewat ptg sgt a kalo nk hantar pun..
so hari ni je la hantar...

tlg utk budak yusmaialzainey sekali punye claim..
da a claim ni mcm byk je...
xpe² buat gune utk pape ptt..
alhamdulillah...

Monday, November 2, 2009

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

http://isuhagat1.blogspot.com/2009/03/jangan-terlalu-mencari-kesempurnaan.html

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Wednesday, October 28, 2009

quote

kecantikan seseorang bukan terletak pada paras rupanya sahaja,
tetapi berdasarkan pandangan orang yang memerhati.

jika pandangan seseorg itu mengatakan dia xcantik...
biasa sahaja...
tapi pandangan pada seorg yang laen pula...
mungkin berbeda....
sedap matanya memandang, cantik seseorg itu..

setiap org, pandangan berbeda-beda..
jika lah ada org yg sape2 tgk pun..
cantik, comel, kiut, dan perangai pun elok...
alangkah elok nye jika itu merupakan calon buat diriku..
menjadi pengisi ruang masa aku seumur hidup..

amin, insyaAllah

Friday, October 23, 2009

bekfast

alhamdulillah....
SN rosmawati buat nasi lomak...
berwarna kuning...
sodap pulak....
rezeki sungguh....
hehe...bau nye pun menusuk Qalbu...
xperlu a kuar duet mkn hari ni...
minum air jela kot..
hahahha...


harapan ku kepada MU

kehadiranMu sungguh bermakna buat hatiku..
Kau sentiasa bersamaku setiap detik dan ketika..
Aku selalu melupakan Mu ketika ku kesenangan..
Aku mencari Mu ketika ku kesusahan..
Maafkan aku.. aku bersalah.. aku berdosa..
Terimalah hamba Mu yang lemah serba kekurangan..
Bukakanlah pintu hatiku buat rahmat Mu..
Lapangkanlah dadaku menerima ilmu Mu..
Berikanlah hamba Mu ini petunjuk jalan yang lurus..
Aku merayu dan berharap, semoga aku menjadi..
Seorang hamba yang patuh, taat dan setia kepada Mu..
Ya ALLAH....

-monolog mohdridzuan-

Thursday, October 22, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta...from iluvislam.com

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Wednesday, October 21, 2009

kerja kerja kerja

kerja membuat kumpulan darah bagi budak² sekolah keb. leban chondong dgn sekolah keb sungai puteri... mmg jiwa kacau.. tp kene la buat juge... da mmg kerja...budak² byk betul karenah beliau....



bujukzdagreat

Tuesday, October 20, 2009

blood grouping

inilah kerja yang menjengkelkan...
bukan ape..mengganggu kerja² pesakit luar yg lain..
kerja² umpama antenatal, DM, JPL, dan laen²..
ni KPM punye pasal a..
cube bw berbincang dlu papehal..
nti memudahkan semua org..
lbey² pelajar...xperlu ponteng sekola..
dan juge ibubape..xperlu cuti dr keje..
atau lari dr tanggungjawab kerja..
dan juga org seperti kami...
walaupun mmg itu kerja kami..
tp kerja perlu dibuat secara efisyen...dan telus..
barulah bole berjaya.. kata 1Malaysia...
cth mcm 1 sekolah tu...kami suh mereka dtg pd hari Ahad..
pengetua mereka suda pesan semasa perhimpunan pagi..
kan senang tu.. xde la nyusahkan semua orang...
tp still juge ada yg dtg pada hari laen..xpaham sungguh la..
tp nk buat cene... kne juge buat.. sbb menjaga hati dan kehendak pelanggan..
tp kami tanya juge kenape dan ape² yang patut...

Monday, October 19, 2009

mohdridzuanmohdrazali

Assalamualaikum...
beliau ini mohdridzuanmohdrazali..
kawan-kawan rapat beliau memanggilnya bujukz
seorang jejaka..bujang lagi..
macam-macam perangai budak ini..
lahir pada march, 22..
asal terengganu..
suka menggunakan emosi..
dan memikirkan banyak perkara dalam kehidupan..
mendapat peluang kedua dalam kehidupannya..
dan ingin memperbetulkan segala kesilapan yang lampau..
insyaAllah..dan semoga setiap kawan-kawan membantu beliau..
dan membantu kawan-kawan yang memerlukan seorang KAWAN..
bukan kawan dijadikan lawan atau kawan makan kawan..
minta-minta dijauhkan dengan sifat sebegitu...
semoga mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah S.W.T.


Sunday, October 18, 2009

BE THANKFUL

BE THANKFUL THAT YOU DON'T ALREADY HAVE EVERYTHING YOU DESIRE. IF YOU DID WHAT WOULD BE THERE TO LOOK FORWARD TOO?

BE THANKFUL WHEN YOU DON'T KNOW SOMETHING, FOR IT GIVES YOU THE OPPORTTUNITY TO LEARN.

BE THANKFUL FOR THE DIFFICULT TIMES, DURING THOSE TIMES YOU GROW.

BE THANKFUL FOR YOUR LIMITATIONS, BECAUSE THEY GIVE YOU OPPORTUNITIES FOR IMPROVEMENTS.

BE THANKFUL FOR YOUR MISTAKES. THEY WILL TEACH VALUABLE LESSONS.

BE THANKFUL WHEN YOUR TIRED AND WEARY, BECAUSE IT MEANS YOU MADE A DIFFERENCE.

ITS EASY TO BE THANKFUL FOR THE GOOD THINGS. A LIFE OF RICH FULFILLMENT COMES TO THOSE WHO ARE ALSO THANKFUL FOR THE SET BACKS.

FIND AWAY TO BE THANKFUL FOR YOURTROUBLES, AND THEY BECOME BLESSINGS.

I DON'T KNOW WHO WROTE THIS, BUT I AM THANKFUL FOR THE REMINDER FOR ME TO GIVE THANKS FOR EVERY DAY FOR MY FAMILY, FRIENDS AND LOVED ONES

just thinking

salam everybody..


did everybody's perfect?

ermm.. actually, nobody's..

why always got trouble?

why me, why you?why?

not everybody..

Allah just test us with that thing..

and Allah knew we can manage and solve it..

because we're the chosen..


just have faith with fate..

Qada' and Qadar..

no worries..

Allah had better plan for us..

nobody's knew Allah's timetable..


Always remember Him..

Always Pray to Him..

Most Greatful..

Most Merciful..


InsyaAllah... we'll get better in everything..

InsyaAllah... we'll get better in anything..



Saturday, October 17, 2009

public holiday

aku datang punchcard jam 9 tadi..
tp aku g umh terbuke dlu mkn kasi kenyang bah..
baru la start nk buat kije ni...
huhuhu...tp mcm mls sbb full sgt nih..

tp kne buat juge sbb da punchcard..
nti dose plak...
kne bermain bersame² darah lagi...
rezeki ikot ctu..
what to do org putih kate..

keje igt Allah bagi rejeki...
Alhamdulillah..
nk siapkan mlm ni juge..
sbb esok ade 1 misi penting..
bukan misi=nurse tu...
ni misi laen punye....

adiosaa....

Permata (Untuk Isteri Ku)

Kopratasa

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi
wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang
lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

suke sgt lagu ni..
siapakah jodoh isteriku ya ALLAH

bekerja keras

salam...
hari ini hari sabtu..
public holiday pulak tu..
deepavali la katekan..
jadi aku nk bekerja mencari rezeki yang halal..
dapat la duet nk tgu gaji lagi sebulan 2 minggu..
adusss...

by the way...
pasrah la juge..
tp hopefully dpt la ape yg cuepacs mintak kt menteri..
utk bajet 2010 tu..
amiinn..

come on lets do the work...
start at 12pm....

bujukzdagreat

happy deepavali

kepada semua kaum india..
selamat hari cahaya

Friday, October 16, 2009

bingkisan

tak mungkin kerana sayang..
cuma kadangkala aku terkenang..
kenangan lama yang sering menerjah..
best sangat ketika mengenangkan..

pulangkan

tik tok tik tok...
da hampir nk jam 5pm pun,...
nk blk da kije utk hari ni...
minggu ni..
cepat kan mase berlalu...

nti tgu hari senein...
lmbat plok kate hari berlalu..
huhuhu...

hari ni last day buat incharge KKRompin ni..
bro doc syakir bathusha..
my fren...
da kne tukar kr HTAA..
padahal da kije ctu dlu..
but now kt dept SOPD...
nway goOdluck for him la..

ape nk buat hari minggu nti erk?
baju bertimbun kne basuh..
rindu plak rase pada somebody..

funny

salam...hey guys..

sekadar berceloteh..
pagi² msk kje da kne ugut shiall..
ada la pakcik diabetic tu..
ade ke patut..
aku bergurau sinis dgn dye..
dye mcm warning aku..
aduyai...

dah dye potong Q turn org laen..
dye ckp dye ade kije...
aku pun dgn sinis bergurau..
org pun ade kerje juge..

terus dye membebel..
hahahaha kahkahkah...
ape lagi a dye ngarut...
xpela..fikir org tua..
mintak maaf jela dgn pacik tu..
da mmg perangai dye begitu...

Thursday, October 15, 2009

Aku Sayang Ma Aku - Wan Rokiah Bt Wan Muda

> Message: Aku ada pasangan hidup sendiri….
>
> Bila seronok, aku cari….pasanganku
> Bila sedih, aku cari….Mak
> Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
> Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
> Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
> Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
> Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
> Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
> Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
> Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
> Selalu.. aku ingat pasanganku
> Selalu.. Mak ingat kat aku
> Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
> Entah bila… aku nak talipon Mak
> Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
> Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak

> Renungkan:

> “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
> bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
> Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
>
> Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.
>
> Tapi kalau Mak sudah tiada……….
> MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
>
>
> Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
> berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
> berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya…..
> berapa ramai yang sanggup….. membersihkan najis ibunya…….
> berapa ramai yang sanggup……. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
> berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
>
> Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

> SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA


bujukzdagreat

sungguh bahagia

alhamdulillah..

syukurku kehadrat Illahi..
intenet suda pun dipasangkan dalam lab aku..
xperlu aku menapak kt bilik org laen lagi..
hahaha..mudah la siket aku nk buat kerja..
horeeee...

thx to mili la..
incharge Ma di tmpt kje aku...
dye je aku tahu yg mau sambung tenet td..
byk la mase aku nk ngadap pc..
sambil bole layan patient aku nti..

subhanallah...love uols guys...

bujukzdagreat

pahala untuk semua

subhanallah

alhamdulillah

allahuakbar

laa ilaaha illallah muhammad rasulullah

laahaulawalaa quwwataillaa billaahil a'liyyill a'zim

biarlah mulut kita basah dgn ayat² berikut sentiasa...
dan ada lagi ayat² lain yang berkaitan..

mohdridzuanbinmohdrazali

hiyarkhhh

hensem juge aku ni erk....
kenape la ramai org lain suke pada aku??
tp awek aku dulu bole tak suke aku??
jauh kot....
ahaaa... sbb tu la kwn baek aku kitai dye dari aku..

alhamdulillah..
segalanya ketentuanNya

darah = blood

hari kamis..
kje harini mcm bese..
hari ni penghantaran darah ke HMS..
agak ramai patient hari ni..

td lepak bekfast ngn wali kt kedai mokla
dye payung ngn kwn dye..
kenyang la juge..

lepas tu blk klinik..
da xde patient sgt pun..
tu yg aku kebusanan ni..

darah pun da siap spin..
da siap packing pun..
tunggu driver R3 dtg amek utk hantar ke HMS..

ape lagi petang karang nk buat kije erk..
kebusanan sudah



bujukzdagreat

Monday, October 12, 2009

buletin tengahari

salam sejahtera..
sari berita penting..

selepas pulang dari tempat kerja..
aku telah dikejutkan dengan 1 sms..
daripada seorang rakan..

berita perkahwinan mohd ridzuan mohd razali
sedang hangat diperkotakkatikkan..
dan diperkatakan...
itu daripada seorang rakan bernama azra(bukan name penuh)..

ditanya kepada beliau(azra)..
siapakah dalang di sebalik ceritera tersebut...
dan dari manakah sumber diperolehi..
orangnya tidak dapat dikenalpasti..
dan berita tersebut masih berada dalam siasatan..

ditanya kepada pemilik empunya diri..
dan beliau berkata...itu adalah dongengan semata-mata..
komen yang diberikan adalah no komen..

sekian sahaja berita tengahari tadi..

salam 1Malaysia

bujukzdagreat

pada suatu hari

sedang mencube untuk
meng"update"kan blog aku
setiap hari..
walao 1 post jadi la..

hari ini dalam sejarah..

pergh ramai gilak budak sekuloh
dtg ke klinik pada hari ni..
buat blood grouping lagi daaa..
sekolah rendah kt leban chondong belake..

haha..best sungguh lyn karenah budak² neh..
takut² kan dorg..
sampai nk lari pun ade..
kne pujuk la blk semule..
best²...comey² belake..
org asli, melayu n cina..

semoga mereka semua berjaya pada masa akan depan..
utk agama, bangsa, negara..
insyaAllah...

Sunday, October 11, 2009

11.10.09

salam..
skrg aku nk memberitahu..
aku pun kne gossip dowh..
ntah pape la org tmpt keje aku ni..

latest lepas raye hari tu..
mereka² kate aku da bertunang la pulak..
aku pun iyekan je la..
bcoz nmpak cincin kt tangan aku kot..
lantak dorg la..

terbaru plak aku dengar lagi..
ni bikin panas la pulak...
aku bertunang dgn doktor pakar..
ntah sape la buat mulot ni..

tp nk wat cene..
da mmg begitu org di sini..
nk tutup mulot org...
ke guane??
biarlah mereka tertanya²...

yang penting..
aku still single...
=))

Friday, October 9, 2009

friday.jumaat

salam semua..
hari ini kerja pun bese jerw..
aman damai dan tenteram..
bole le aku nk menggodey bende alah ni..

mbekfes pun suda..
nasi lomak kedai depan klinik aku..
waliyuddin la kate janji nk makn dgn aku..
last² dye g dgn budak ofis dye daa..
lantak le janji perot aku kenyang..

tp dye dtg kejap..
nk mintak tunjuk ajo..
tp xreti² juge..ikot la..
nk transfer duet ikot maybank2u..
tp ape kejadahnye la..
lupe usename ngn password..
wujudkah org begitu??

tp hari ni best..
setakat ni kije kurang sket..
alhamdulillah...

khamis 081009

semalam punye cite daa..
tak dan nk update..
hari ni baru bole rileks sket..
punye la ramai patient semalam..

dengan kes antenatal lagi..
posnatal lagi..
baby nk check jaundis(kuning) lagi..
patient diabetic juge ramai..
budak² yang demam pun bukan maen banyak..
malas skolah betul a dorg ni..
bukan itu sahaja..

bukan itu sahaja...
budak² skola rendah plak berduyun² datang..
buat grouping... untuk kump darah mereka..

ni yang aku tak puas hati...
xde ribut xde ape..
tetibe KPM suh buat mende tu..
ape kejadahnya??
aku dah siap hantar komplen lagi tnye ape nk buat
untuk grouping seme tu..
mewakili ibubapa pelajar la konon..

xpe..yang penting dapat kepuasan dan nk dpt jwpn..
lu pikir la sdiri...