Assalamualaikum

My photo
dataran merdeka, Malaysia
Whatever you give to life, its gives you back. Do not Hate anybody. The Hatred which comes out from you will comeback someday to you. Love others. And Love will comeback to you..

Monday, December 27, 2010

For My Friends

‎"When Allah tests you, it is never to destroy you.
When He removes something in your possession,
it is only in order to empty your hands for an even greater gift!."

Iwan - Pengasih

Lama ku mencari
Ertinya kasihmu
Suara bergementar
Memuji namaMu

Dalam rasa syahdu
Lafaz dan tafakur
Kesyukuran aku kerinduan

Jauhku mencari
Ertinya rahmatMu
Titis air mata menatapi kurniaanMu

Dalam gema takbir
Lirik dan kalimah
Keinsafan ku abdikan cintakan
UntukMu

Limpahilah
Segala restuMu hidayatMu
Di bumi kian ketandusan keinsanan
Kembalikanlah kami ke jalan yang Kau berkati
Anak dunia kini tak pupus
Di sengsarai di sana sini

Padamu Pengasih
Ku bermohon

Monday, September 20, 2010

Perayaan

Aku rase raya pada kali ini agak bermakna...
kerana dapat bersama keluarga [as usual]..
dan bertemu rakan-rakan seperjuangan...
sepersekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah agama,
maktab sains, dan PASTI...
dan mmg agak pelik kerana bukan mbe sekelas pun bole gather same2..

selalu lepak dan bercerita..
membina perancangan masa hadapan; [tatau la dorg ni....bab bercakap, serah jela..]
boleh dikatakan setiap malam melepak di pulau kambing [waterfront-zie's corner]

tidak dilupakan juga teman2 yang sudah selamat bersalin...
waaaaaaaaahhhhh....
dapat baby yang cantik molek sempurna cukup sifat..
ada sorg lagi mbe aku dpt anok kembo lagi...
alhamdulillah derrr...berusaha lagi kepada mereka yg baru kawen tu..
amik tips sket bohh....

dan alhamdulillah sahabat aku selamat diijabqabulkan...
sedap doh wase tgk mbe2 yang dari kecik bersama..
since skola pasti until form 3 boh bersame..
then kawen dgn pilihan hati mereka...
dan ade lagi perancangan rakan2 laen nk kawen..

YA ALLAH..
bile turn aku.... hahahaha...

dan semoga semua sahabat sukses selalu ye...
love uols guys....
jumpa di laen kali...
ade jodoh, pjg umor, murah rezeki..
ketemu lagi....

Wednesday, July 14, 2010

once upon a time

salamunkaulam minrabbirrahim...

pertama-tamanya ku harapkan hari ni lebih better dari hari yang semalam...
walaupun semalam ku telah mengharapkan lebih baek dari hari kelmarin..
jadi hopefully hari-hari kita akan lebih better setiap hari dan berkembang...
bukan berada pada tahap yang sama... insyaAllah...

Alhamdulillah...
lately kawan semakin bertambah..
mengisi hari-hari sepi tanpamu...haha
especially frens from dunia cyber...
ape lagi jika bukan FACEBOOK yang amat popular itu..

Hyperlink to Facebook Aku

total mereka dalam 1231 frens...
ntahla.. half of them aku kenal a..
sebab related of my ex-school...
yang laen, haram tatau...

itu sahaja lah kot....
nak memikirkan ayat² chenta...
bukan mase ni... time kerja der woi..

adiosa

Friday, June 11, 2010

KEGAGALAN ADALAH UNTUK LEBIH BERJAYA

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....

Anda pernah GAGAL? Dan pernahkan dalam hidup anda, merancang melakukan sesuatu dan kemudiannya gagal? Atau pernahkah anda berusaha sedaya-upaya dalam melakukan sesuatu, kemudian usaha anda itu gagal dan anda berhenti di pertengahan jalan?

Kebanyakan orang apabila mendengar perkataan GAGAL, akan menjadi takut. Putus harapan, kehidupan menjadi hambar dan sebagainya. Seperti ramai di antara rakan saya sendiri, mahupun diri saya sendiri, rasa umpama tiada makna untuk meneruskan lagi kehidupan setelah menghadapi kegagalan. Semua orang takut untuk gagal. Bagi mereka, GAGAL itu merupakan satu titik hitam dalam kehidupan mereka.

Tetapi sebenarnya, gagal itu merupakan salah satu lumrah dalam kehidupan ini. Saya sendiri pun pernah mengalami kegagalan itu sendiri, dan banyak kali dalam kehidupan. Memang sakit dan pedih apabila menghadapi saat itu. Segala perkara yang dilakukan tidak keruan. Tambahan pula, apabila manusia sekeliling akan mengutuk, mencerca kita di atas kegagalan tersebut. Tetapi dalam konteks yang lain bagi saya, GAGAL itu membuatkan kita KUAT sebenarnya. Walaupun akan mengambil sedikit masa kehidupan kita untuk menerima kegagalan tersebut.

Apabila gagal, sebenarnya kita telah menambah satu ilmu baru yang boleh kita jadikan tangga untuk suatu peningkatan.

Contohnya si pencipta mentol, Thomas Edison yang telah mencipta selepas 2000 kali percubaannya tidak berjaya. Apabila ditanya, bagaimana dia boleh berusaha sebegitu rupa walaupun talah 2000 kegagalan. Dia berkata;
"Saya tidak gagal, saya hanya berjaya selepas 2000 kali percubaan."

Hmm.. itulah dia yang saya hendak kalian lihat. Kesungguhan yang ada pada pencipta mentol tersebut. kenapa takut gagal? Kita sepatutnya perlu berusaha bersungguh-sungguh tanparasa takut dan gentar. Jangan letakkan kegagalan di dalam kamus hidup anda. Gagal hanya akan singgah dalam kehidupan anda, apabila anda berputus asa. Dan ketahuilah bahawa ALLAH tidak suka orang yang berputus asa. Dalam Al-Quran, ALLAH ada beberapa kali berpesan supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat-Nya.

Apabila kita tidak berjaya melakukan sesuatu, hakikatnya itu bukan suatu penamat untuk kita. Malah, jika kita melihat dari sudut positif, kegagalan kita itu akan membuatkan kita berfikir panjang dan bermuhasabah. Nescaya kita akan mendapat satu ILMU baru apabila tidak berjaya. Kita akan tertanya-tanya diri kita kenapa, bagaimana, apa yang sebabkan kita tidak berjaya. Dan di situ kita akan mendapat jawapan kenapa kita tidak berjaya. Dari situ kita boleh menyusun kembali strategi untuk terus membaiki dan mempertingkatkan pretasi agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Jika ada pun, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali.

Guru saya pernah berkata," Seorang manusia itu keluar, sememangnya untuk dia berbuat silap. Kemudian apabila dia kembali ke rumah, dia akan belajar daripada kesilapannya dan merpertingkatkan dirinya."

Ingatlah, GAGAL itu hanya berlaku apabila anda berhenti. Seperti kehidupan. Jika anda berdosa kepada ALLAH, adakah itu penamat segalanya? Malah ALLAH menyuruh agar kita bertaubat berkali-kali kepada-Nya. ALLAH suka orang yang berkali-kali bertaubat.

"Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri."

Sebenarnya berjaya atau tidak, gagal atau tidak, itu semuanya terletak pada kita. Jika kita menganggap sesuatu perkara itu penting, maka kita tidak akan sewenang-wenangnya mengalahatas segala cabara dan dugaan yang kita hadapi sepanjang mencapai matlamat itu.

Lihat Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Ta'if. Baginda dihalau, dibaling batu sehingga seluruh badan luka. Adakah baginda berhenti? Tidak.. Malah baginda meneruskan lagi dakwah. GAGAL? Tidak, baginda berjaya.

Bagaimana?

Anda hendak gagal?

Masih takut dengan kegagalan?

Gagal itu terletak pada anda.

Antara anda mahu atau tidak sahaja.

Jika anda mahu, berhenti daripada apa yang anda usahakan.

Jika anda tidak mahu gagal, teruskanlah usaha anda.

Allah sentiasa bersama kita.

Adakah itu tidak cukup untuk anda terus berusaha dengan yakin?




Daripada penulis buku LANGIT ILAHI

Sunday, May 23, 2010

perbedaan di antara CINTA-SAYANG-SUKA-MINAT

terima kaseh kepada Atiqah Jaafar


CINTA
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. segala apa yang kita buat kalau buleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya dalam erti lain cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita mencintainya sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je :)

SAYANGkita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita dalam erti lain sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya :(

SUKAkita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu sangat kat dia kalau tak jumpa seminggu dalam erti lain suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah. dang!

MINATada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya dalam erti lain minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan. no komen.

tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu


KAMU?

Friday, May 14, 2010

Inilah CINTA - Akim


Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta


Wednesday, May 12, 2010

Trip to Matrikulasi Arau, Perlis

Pada 09.05.10 jam 8.40am..
Bertolak ke tempat kejadian..
Melalui Grik/Gerik(ntah signboard tulis mcm2..)
Kira2 dalam 10 jam perjalanan..
Termasuk berhenti dalam 2-3 kali la..
Dan tiba di Matrikulasi sane dlm jam 6pm...
Lebih kurang...

Alhamdulillah...
Tiba je.. ada tempat penginapan..
Walaupun duduk dalam hostel budak2 ni..
ok la daripada tinggal kt luar..
Hotel dalam rm120++..
Kt hostel tu just dalam rm30 sahaja..
Worth it la... Tak perlu nk redah lagi sbb dah kt dalam Matrix tu dah...

Terlalu ramai budak2..families kt sane..
Macam best pulak..
Mendorong aku utk sambung belajar je rasanya..
Dalam 60% student kt situ daripada Terengganu dan Kelantan..
So, ramai gile kwn2 adik aku kt situ..
Jalan kt ctu.. hoi MIJA..
Jalan sane... eh MIJA....(name adik aku)..

Lepas je habis segala benda yg nk kena settle...
Tinggalkanlah adik aku kt ctu..
Kami pun bertolak ke SG PETANI pule..
Agak pening la mau pi sane..
Berapa kali patah balik.. sesat la dikatakan...
Dah la aku yang jadi drebar...
Tiba je di rumah Pak Sepupu Abah aku..
Terus je ngada ADAMAYA... haha

Malamnye, family dorg belanje makan..
Alhamdulillah kenyang gile sbb sudah kenyang sebelum itu..
lepas itu.. hantar makde aku ngn maksu aku naek bas..
Dorg balik dahulu sbb da beli tket awl2..
(Dorg hantar anak makde g mtrx penang..)

Lepas tu.. blk umh kt sg petani..
KrrrOooOoOooooohhh... ZzzzzzZZzZZzZZzZzzzZz

Friday, April 23, 2010

It's Friday... and some sigh -.-"

salam...

hari yang memberehatkan...
setelah semalam bertungkus lumus..
menyiapkan proses pengambilan darah..
pengasingan serum dan sampel...
pergh kerja utk rakyat...
ntah ape2...

MLT hanya 2 org kt cni...
tak de sapenye mahu tolong...
buat jela sampai tkde masa rehat..
waktu break hour 1-2pm.. ~~burn..
nk kne siapkan segala bende...

dah siap segala...
masalah kenderaan pulak...
bukan rosak ke ape...
xde transport mahu hantar benda alah tu...
Ya Allah....
aku da inform 2 hari sebelum lagi..
tp... apa lagi yg bole aku perkatakan..??

last2 hantar pada hari ini jumaat..
jam 8.15am baru hantar...
tu pun dengan menaiki ambulan...
ikot kes daripada wad bersalin..
apa nk jadi tatau..

byk mende yang mendatangkan ketidakpuasan hati..
dalam melakukan pekerjaan yang mulia ini sejak akhir2 ni..
tatau la samada pengurusan...
antara pajabat... ataupun klinik sendiri..

kalo bole nak je aku jumpa dgn org
yg bole nk dengar rintihan kami...
tp dgn BOS yg kt cni pun da xbole terima dgn cara aku berkomunikasi...
dah macamana....dah aku mmg begitu...

xpela... folow the flow jela..
buat kerja hakiki ni dgn cara yg terbaek..
menjaga hubungan dengan pelanggan..
insyaAllah....

Tuesday, April 20, 2010

Pegawai Kesihatan Daerah

"Perlu ke kerja lebih masa??"
"Apa rasionalnya kerja lebih masa?"

"Kitaorang kalau boleh tak nak pun kerja hari minggu lebih² masa ni..
Nak keluar pun susah..."

"Settlekan patient ini dahulu...!!!"

"Kak tunggu kt luar sekejap ye..!!!"

"Awak duduk kt sini....!!!"
"Dah berapa lama awk keje kt cni?"

"2 tahun lebih doh..."

"Awk tau dok awk bercakap dgn sape skrg?"

"Tau... Dengan bos..."

"Saya tak suke awk panggil sy mcm tu. Saya Pegawai Kesihatan Daerah..

"Ok."

"Saya tak berkenan dgn cara awk bercakap dgn saya.."


begitulah serba sedikit intebiu aku dgn seorang
"PEGAWAI KESIHATAN DAERAH"..
Dia datang tanpa diundang..
Datang pusing² tgk kami buat kerja ke tak...
Curi tulang ke ape...
Macam kt sekolah la pulak...

Hmmm... gile mcm kurang ajo la jugak aku ni..
Labmate aku pun terkejut dengar aku ckp mcm tu..
Tapi nk buat cene.. Dah mmg care aku mcm tu..
Dia org baru yang tak biasa.. Mmg agak terkejut dgn cara aku...

Tapi betul juge ape ckp kwn aku..
Kite kne tgk dgn sape kite bercakap..
Bukan semua org bole terima cara kite...
Setiap org berbeda berdasarkan pangkat dan kuasa mereka...
Mereka tak kisah pun sape kite..
Yang penting.. kite tetap kene hormati dia kerana pangkat dia..

Itula kesimpulannye...
Terlajak perahu mungkin bole diundur...
Bila da terlajak kata... Anda pun tahu...

it's raining - selasa


today is 20th April 2010..

jam 8.01am aku baru bangun tidur... sedap pulak tidur hari ini...
tengok jam da lambat... 1st step yang aku amik.. mesej labmate aku..
suh punchcard.... 8.05am dye balas...haha... (tp aku tidak thumbprint la..)
asyik please try again je.. haha...

lepas tu apa lagi.. mandi sepantas kilat la..
nk kena iron baju lagi... gel kan rambut...
muka pule sembab.. tahu2 la baru bangun tidur cene...
sampai ke tempat kerja jam 8.20am..

hari ini hujan dowh...lebat gila a..
tak pasan pule hujan tu yang sedap melayan tilam tu..
mujur la ade kereta persona ku...
bole redah pergi kerja...


Monday, April 19, 2010

L O V E



The word L O V E...
can be explained in MANY ways.....
But the only word...
that COMES in my mind is only Y O U...

It's so easy to fall in L O V E...
But it's HARD to find...
S O M E O N E who will C A T C H you...


Friday, April 16, 2010

ceritera.. kerja gelombang kedua.. kahak.. yeekk

salam..

gelombang H1N1 datang lagi...
mula lah ktorg sebok...
lab aku pun sebok...
berduyun org dtg klinik..

aku pulak kne la amik darah² mereka² ini..
pelbagai kaum dan bangsa dtg..
tp aku pelik pulak.. budak² yang ramai kene..
geng² budak skola pulak..

dah konfirm positif dalam 6-5 org..
seme budak skola..
gila skola pun kne la kuarantin...

dan org batuk pun byk gile..
tahu² jela... demam sekali pakej dgn batuk..
semue kene check kahak...
wah melimpah ruah...

sekali ada positive la pule..
dah la tgk kahak org sume piyoorr pule..
hish hish hish...
ade ke org nk tgk kahak??
mahu nti aku letak gambo.. tdok org nk tgk..

ntah la.. nti pjg2 bosan pule...
kalo blog pompuan.. ade la org sudi bace...
aku ni lelaki...

daaa......

Tuesday, March 23, 2010

22 March 2010

Bissmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...

Syukur Ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya...
pada 22 Mac 2010 aku telah genap berusia 25 tahun...
sudah suku abad aku telah hidup menjengah dunia sementara ini..

Kita tidak tahu bila kita dijadikan(di alam roh)...
Tapi kita tahu bila kita dilahirkan(dikeluarkan dari perut ibu ke dunia)....
Kerana telah tercatat pada sijil kelahiran...
Dan Ibu Bapa kita yang memberitahu..

Ibubapa juga tidak perlu dilupakan..
Aku telah menghubungi orang tuaku..
Untuk menyatakan terima kasih..
Kerana mereka, aku di sini..
Aku sayang, cinta, rindu abah (Mohd Razali) dan ma (Wan Rokiah)..

Jadi renung-renungkanlah...

Dan seperti biasa ucapan-ucapan...
Doa-doa daripada kawan-kawan...
Semoga aku panjang umur..
Murah rezeki, cepat berjodohan...
Berbahagia bersama tersayang...
Sudah pasti akan diterima...

Dan aku pun berharap begitu kepada semua kawan aku..
Tidak kira masa, doa dan kata-kata itu kepada mereka..

Syuran jazilan, terima kasih.. Alhamdulillah...
Aku ucapkan kepada semua rakan-rakan yang tidak putus-putus..
Memberikan aku kata-kata perangsang dan ucapan..

Sayang kawan-kawan semua...
Semoga kalian semua berada di bawah Rahmat dan Hidayah Allah..

Aku
mohd ridzuan bin mohd razali a.k.a bujukz

Thursday, January 14, 2010

Sesungguhnya, Allah memang sengaja............

Sesungguhnya, Allah memang sengaja............

memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharap kan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK
DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingat kan kita bahawa dia
bukan lah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk
mengalami nya.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahami lah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujung nya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
kita. Gapai lah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggal
kan larangan NYA..

PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada NYA




thanks a lot to my friend
Ruzana Yunus

Sunday, January 10, 2010

2010

salam..

it's been a while i didn't post anything inside this blog..
and it already 10 days after new year..
but it is still new..

anyway happy belated new year 2010 to all my beloved..
hope this year comes with great opportunities..
prosperity to all of us..
make some changes in your life..
try to make your life sweet and greater than last year..

insyaAllah....