Assalamualaikum

My photo
dataran merdeka, Malaysia
Whatever you give to life, its gives you back. Do not Hate anybody. The Hatred which comes out from you will comeback someday to you. Love others. And Love will comeback to you..

Friday, November 6, 2009

nota hati seorang lelaki - telaga biru

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi terpaksa..
Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
.... walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah... genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa... lelaki itu pergi jua!

Thursday, November 5, 2009

arrrgggggghhhh

salam...
today thursday..
program kt lab..
penghantaran sampel darah ke makmal rujukan..
kuantan HTAA, dengan muadzam shah HMS..

so today is quite tough la..
dengan lagi patient dtg melimpah ruah..
kalo buke kedai runcit, supermarket, kedai makan ke..
confirm laku dan kaye cepat..
kalo kt lab ni dorg bayo, mahu ade duit juge..

and...
chemistry analyzer buat hal pulak...
time engineer dye ade,aku buat ok belake..
time aku sendirian berhad buat..
hagham...
mane silapnye aku???
lantak la... xgune pun mesin ni ade kt cni..
buat semak otak ngn lab ngn kerja je..
its mean nothing and useless..

membebelku

Wednesday, November 4, 2009

game games games..

best pulak maen game kt dalam fesbuk ni kan..
latest aku maen cafe world..
fakhriah la ckp cambest..
aku pun try la... bolelayan juge...

game² laen sblm ni aku maen..
mafiawars.. ngn farmville...
game laen tgu² la...



Tuesday, November 3, 2009

starting of november

bismillahirrahmanirrahim

laahaulawalaa quwwataillaa billahil a'liyyil a'zim

harini..hari selase a..
baru nk g hantar claim..
semalam baru siapkan utk fotostat punchcard..
then mintak sign dgn bos...
da approve..tp da lewat ptg sgt a kalo nk hantar pun..
so hari ni je la hantar...

tlg utk budak yusmaialzainey sekali punye claim..
da a claim ni mcm byk je...
xpe² buat gune utk pape ptt..
alhamdulillah...

Monday, November 2, 2009

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

http://isuhagat1.blogspot.com/2009/03/jangan-terlalu-mencari-kesempurnaan.html

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...