Assalamualaikum

My photo
dataran merdeka, Malaysia
Whatever you give to life, its gives you back. Do not Hate anybody. The Hatred which comes out from you will comeback someday to you. Love others. And Love will comeback to you..

Friday, June 11, 2010

KEGAGALAN ADALAH UNTUK LEBIH BERJAYA

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....

Anda pernah GAGAL? Dan pernahkan dalam hidup anda, merancang melakukan sesuatu dan kemudiannya gagal? Atau pernahkah anda berusaha sedaya-upaya dalam melakukan sesuatu, kemudian usaha anda itu gagal dan anda berhenti di pertengahan jalan?

Kebanyakan orang apabila mendengar perkataan GAGAL, akan menjadi takut. Putus harapan, kehidupan menjadi hambar dan sebagainya. Seperti ramai di antara rakan saya sendiri, mahupun diri saya sendiri, rasa umpama tiada makna untuk meneruskan lagi kehidupan setelah menghadapi kegagalan. Semua orang takut untuk gagal. Bagi mereka, GAGAL itu merupakan satu titik hitam dalam kehidupan mereka.

Tetapi sebenarnya, gagal itu merupakan salah satu lumrah dalam kehidupan ini. Saya sendiri pun pernah mengalami kegagalan itu sendiri, dan banyak kali dalam kehidupan. Memang sakit dan pedih apabila menghadapi saat itu. Segala perkara yang dilakukan tidak keruan. Tambahan pula, apabila manusia sekeliling akan mengutuk, mencerca kita di atas kegagalan tersebut. Tetapi dalam konteks yang lain bagi saya, GAGAL itu membuatkan kita KUAT sebenarnya. Walaupun akan mengambil sedikit masa kehidupan kita untuk menerima kegagalan tersebut.

Apabila gagal, sebenarnya kita telah menambah satu ilmu baru yang boleh kita jadikan tangga untuk suatu peningkatan.

Contohnya si pencipta mentol, Thomas Edison yang telah mencipta selepas 2000 kali percubaannya tidak berjaya. Apabila ditanya, bagaimana dia boleh berusaha sebegitu rupa walaupun talah 2000 kegagalan. Dia berkata;
"Saya tidak gagal, saya hanya berjaya selepas 2000 kali percubaan."

Hmm.. itulah dia yang saya hendak kalian lihat. Kesungguhan yang ada pada pencipta mentol tersebut. kenapa takut gagal? Kita sepatutnya perlu berusaha bersungguh-sungguh tanparasa takut dan gentar. Jangan letakkan kegagalan di dalam kamus hidup anda. Gagal hanya akan singgah dalam kehidupan anda, apabila anda berputus asa. Dan ketahuilah bahawa ALLAH tidak suka orang yang berputus asa. Dalam Al-Quran, ALLAH ada beberapa kali berpesan supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat-Nya.

Apabila kita tidak berjaya melakukan sesuatu, hakikatnya itu bukan suatu penamat untuk kita. Malah, jika kita melihat dari sudut positif, kegagalan kita itu akan membuatkan kita berfikir panjang dan bermuhasabah. Nescaya kita akan mendapat satu ILMU baru apabila tidak berjaya. Kita akan tertanya-tanya diri kita kenapa, bagaimana, apa yang sebabkan kita tidak berjaya. Dan di situ kita akan mendapat jawapan kenapa kita tidak berjaya. Dari situ kita boleh menyusun kembali strategi untuk terus membaiki dan mempertingkatkan pretasi agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Jika ada pun, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kali.

Guru saya pernah berkata," Seorang manusia itu keluar, sememangnya untuk dia berbuat silap. Kemudian apabila dia kembali ke rumah, dia akan belajar daripada kesilapannya dan merpertingkatkan dirinya."

Ingatlah, GAGAL itu hanya berlaku apabila anda berhenti. Seperti kehidupan. Jika anda berdosa kepada ALLAH, adakah itu penamat segalanya? Malah ALLAH menyuruh agar kita bertaubat berkali-kali kepada-Nya. ALLAH suka orang yang berkali-kali bertaubat.

"Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri."

Sebenarnya berjaya atau tidak, gagal atau tidak, itu semuanya terletak pada kita. Jika kita menganggap sesuatu perkara itu penting, maka kita tidak akan sewenang-wenangnya mengalahatas segala cabara dan dugaan yang kita hadapi sepanjang mencapai matlamat itu.

Lihat Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Ta'if. Baginda dihalau, dibaling batu sehingga seluruh badan luka. Adakah baginda berhenti? Tidak.. Malah baginda meneruskan lagi dakwah. GAGAL? Tidak, baginda berjaya.

Bagaimana?

Anda hendak gagal?

Masih takut dengan kegagalan?

Gagal itu terletak pada anda.

Antara anda mahu atau tidak sahaja.

Jika anda mahu, berhenti daripada apa yang anda usahakan.

Jika anda tidak mahu gagal, teruskanlah usaha anda.

Allah sentiasa bersama kita.

Adakah itu tidak cukup untuk anda terus berusaha dengan yakin?




Daripada penulis buku LANGIT ILAHI